Love Note.
Welcome to my blog.Sarifah Moqminnah Official :)
Memoria.
Love Note. Welcome to my blog.Sarifah Moqminnah Official :) Memoria. |
PUTERI
[
Wednesday 22 August 2012 ●
04:47 ●
0 Comment
]
Assalamualaikum dan hye. :) SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. Tahun ini, raya dalam keadaan sederhana je. Semua kak aku balik belaka, memang nak pecah lah rumah aku. Hahaha, serabuk ce. Tapi tak apa lah kan. Hohoho. Hm, tahun ni aku tak tahu lah, rasa macam serabuk, happy, sedih, rezak, ada belaka. Dok tahu nak kata. Bosan lah -,- Ok, hari ini aku tak nak cerita pasal raya pun actually, nak cakap pasal anak saudara aku yang sulung tu. Hm, aku kesian kat dia, tapi bila aku berhadapan dengan dia, aku rasa nak marah sokmo kat dia. Cuba bayang, hidup kita, hari hari sebelum tidur, celik je mata, terus kena marah. Alamak, kalau aku memang dah gila lah. Tapi, dia ni, tabah je. Anak saudara aku ni, nama dia Puteri Nadhirah Syakirah, cantik kan nama dia. Tapi, perangai dia pun boleh tahan lah, over sangat. Sebab tu aku tak suka. Tapi kadang kadang dia cuba buat baik dengan aku, aku tetap nak marah dia. Jahatnya mak su gini! Bila, aku duk sorang, aku ingat kat dia, kesian kat dia, dah lah ayah tak ada, mak dia dok cara mana kat dia. Dia kurang kasih sayang, kesian kan. Bila fikir fikir balik, sedih pulak rasa. Aku memang tak boleh nak cover marah aku bila tengok dia. Kadang kadang ye enjek jugak. Haha, macam mana aku tak panas. Aku pantang orang nganjing kat aku, enjek dengan aku, dan seumpanya lah. Siap lah orang tu, nak nak anak saudara aku. Jadi singa lah beto aku. Hahaha. Bekeng ni bekeng ni. Hohoho. :p Ok lah, konklusinya, tak tahu lagi. Hewhew. Ehhh
[
Sunday 5 August 2012 ●
09:27 ●
0 Comment
]
Assalamualaikum dan hye :) Soal perasaan dan hati. Woo woo woo, jangan main main. Perkara ini agak serius kan? Ada yang sanggup mati kerana dipermainkan perasaan perasaan ni dan ada juga sampai tak bertegur sapa, putus silaturahim terusss. Hohoho. Aku takut jugak sebenarnya kalau kalau ia terjadi kepada aku or siapa siapa jela orang yang aku kenal. Kenapa perlu bunuh diri or tak bertegur sapa? Bagi aku, macam bodoh je buat semua tu. Open minded lah siket, kumbang bukan seekor, bunga bukan sekuntum. -,- Kalau ada jodoh, ada lah tu. Kalau ye pun gila sangat kat dia, doa banyak banyak kat Allah, supaya ada jodoh dengan dia. Tapi aku harap sangat kalau lah ada orang gila kat aku, jangan lah doa aku ada jodoh dengan dia tapi kalau orang tu orang yang aku cinta takpe. Hehehe. Aku nak kahwin dengan lelaki aku cintai dan dia cinta juga aku. Nak sangat. :) Hahaha, cakap pasal lelaki aku cintai ni, aku nak sangat bakal suami aku tu, boleh tahan dengan perangai aku yang gila ni. Hahaha, dan dia seorang yang Kelakar! Barulah, hidup rumah tangga tu berwarna warni siket, dan yang paling penting aku tak bosan dengan dia. Hehehe. Seterusnya, dia boleh atau senang bergaul dengan family aku yang sangat kecoh tu. Barulah, syok berkumpul dengan family aku nanti. Huhuhu juga dia seorang yang peramah. Seorang yang kuat, boleh lindung aku dari bahaya. Supermangggggg! Heehee. Then, dia tinggi dari aku dan kulit dia gelap siket dari aku. Hehe, tak malu sangat kalau jalan dengan dia. Hehehe. :D Bekerja, gaji bereh, boleh tanggung aku. Hahaha. Aku berharap juga dia sekepala dengan aku. Hahaha, nanti suami macam membe. Huhuhu, bestnya! Dan paling paling paling penting, dia cinta sangat sangat sangat aku dan dia boleh jadi IMAM kepada aku, then dapat bimbing aku ke jalan yang benar. Amin. :D Hidup ni tak susah sebenarnya kan kalau kita hayatinya betul betul. Kita je menyusahkan hidup kita sendiri. Hahaha, macam aku, aku pun menyusahkan diri sendiri gok. Bodoh je. -,- Nak ke orang yang takmboh kat aku dan rela lepaskan orang yang betul betul nak kat aku. Haha, sangat rugi. Tapi itulah kehidupan aku. Dulu aku baru nak belajar hidup. Hehe, mungkin. :) Kadang kadang aku rasa untung sangat hidup aku ni tapi ada kalanya aku rasa malang sangat hidup aku ni. Hahaha, semuanya sebab perasaan dan hati lah tu. Orang tak akan faham aku dan akan pernah nak faham aku. Sebab aku tak pernah nak faham orang dan aku tak bagi orang faham aku. Hahaha. Apa apa jelahhhh. Kehidupan aku jauh lagi. Banyak lagi ilmu yang perlu aku pelajari. So, aku tengah belajar lah ni bagaimana nak handle perasaan aku yang gila gila ni. Kenapalah aku mudah sangat nak sayang kat orang. Alavale. -,- Bahaya bahaya. Mudah suka kat orang dan susah nak lupakan ex sendiri. Hahaha, tulah aku. -,- Then, sedih tak tentu pasal. Lepas tu, bajet kuat, mende dalam hati macam -,- hahaha. Aku bersyukur sangat, time aku sedih, bila semua tiada akan muncul seorang yang akan teman aku, mengembirakan aku. Macam hari tu, aku sedih sangat, semua orang tiada disisi aku, kemudian Tok siak mesej. Dia gembirakan aku. Banyak kali dah. Hoho, lepas tu, hari tu, Kamarul. Seterusnya, ayah aku sendiri. Saat saat aku sedih, aku ada seorang ayah seni yang mengajar aku. Walaupun ayah aku tak hebat macam ayah orang lain dan tak sempurna, tapi aku bangga mempunyainya. :) Thanks a lot all of you :) I love you. Kasihan -,-
[
Monday 30 July 2012 ●
00:36 ●
0 Comment
]
Assalamualaikum dan hye. :) Lagi dan lagi. Hm, siapa nak jadi macam aku kan? Gemuk! Bukan aku tak nak bersyukur, tapi ia berlaku sekali lagi! Sakit sangat hati bila orang cakap aku Gemuk. -,- Well, memang lah jujur lebih baik, dan aku tak salahkan siapa siapa pun. Just sedih dengan diri sendiri je. Sedihnyaaaa. :\ Hohoho. Aku bukan main lagi puasa sekarang ni, aku bekerja keras untuk kurus. Hehehe, jaga badan. Aku harap ia berhasil. Amin. Aku nak bukti kan yang aku bolehhhhhhhhhh kurus!!! Tapi, tak tahu lah ia berhasil atau tak. :\ Alamakkkk. -,- Rasa down pun ada bila orang cakap aku gemuk, berisi, berat, dan lain lain. Hahaha, memang betul tapi kalau diam je boleh tak? Hahaha. --' Sangat bongekkk. Bila lah dapat body macam model. Eh, :O hehehe. Hmm, sabar jelah kan. :) Buat muka seposen aku a.k.a muka comel. Hahaha, lalalala -,- .
MOTIVASI : Seandainya ada 10 orang mengatakan anda tidak boleh, tidak bermakna anda tidak mampu untuk melakukannya. PEACE :D
Nekad
[
Saturday 21 July 2012 ●
17:06 ●
0 Comment
]
Assalamualaikum.. Hari ini hari kedua sudah kita berpuasa yup. :) ALHAMDULILLAH. Apa apa pun di bulan yang penuh dengan keberkatan ini aku ingin membuat kebaikan yang maksimum kalau boleh. Hohoho, insy'allah. :) Hmm, sebenarnya aku leka, aku lupa nekad ku yang dahulu. Di bulan Ramadhan ni aku nekad untuk kuruskan badan ku. Selain menahan nafsu kerana Allah, dalam masa yang sama aku ambik kesempatan itu untuk kurus kan badan aku ni. :D Ok, aku leka, aku leka! Aku ingin kuruskan badan aku bukanlah kerana ingin cantik or apa apa jela. Ok ok, macam ni, sememangnya semua orang nak cantik kan, hee termasuklah aku tetapi aku nak kuruskan badan bukan nak cantik seperti Nora Danish ni or artis artis lain, tetapi! aku ingin bangga kan ayah ku. :| Sedih sangat rasanya apabila seorang guru silat mengajar orang bersilat situ sini tetapi seorang pun anaknya tak pandai bersilat. :( Aku ingin bersilat sebab tu aku nak kurus! Well, selama ini aku lupa akan hal itu. Aduhai. -,- Sesungguhnya, aku ingin menjadi salah seorang daripada mereka ini. :( Well, boleh kah aku? Aku harap cita cita aku ini tercapai, kerana aku sangat ingin membanggakan ayahku dalam hal ini. Cukuplah selama ini adik mak tiri aku ambik alih tempat aku sebagai anak ayah aku. Aku mengaku aku tak pandai bersilat tapi aku bukan tunggul kayu! :( Hmm, lagi lagi apabila gemuk,aku rasa terhina sangat. Bukan aku minta jadi macam ni, kalau boleh aku pilih, aku ingin menjadi kurus bukan gemuk! Ok, kalau diberi kesempatan kurus, aku teringin sangat nak jadi model muslimah or model tudung pun dah ok. Hee :D Tapi tu pun kalau aku kurus.-,-" Hmmmmmmmmm. Sememangnya ramai tak suka aku jadi model, tapi tu cuma lah kerja sambilan kalau aku berkelayakan dan itu cumalah angan angan ku. Hehehe :) sebenarnya aku pun tak yakin aku boleh jadi model yang "Catwalk" tu cukuplah model biasa biasa like 'ImaSahaja'. Seriously, aku minat sangat Ima tu, dia cantik, kurus, seorang yang vintage, sangat bergaya! Aku bercita cita ingin menjadi seperti dia lah. Hohoho. Ini lah cita cita sebenar ku, seorang pengajar, ada orang panggil pendidik, hm mana mana jelah, boleh belaka. :) Menjadi seorang pendidik adalah kerja yang sangat murni bagi aku. Sebab mereka ni ibubapa kedua bagi pelajar pelajarnya. Memanglah gaji mereka tak sebesar gaji doktor, engeering, lawyer or siapa siapa jelah yang berpangkat tinggi. Tapi, tak jugak sebenarnya, gaji seorang pensyarah besar jugak kan. Semakin lama beliau dalam bidang ni semakin tinggi gajinya, tu kata cikgu aku. Aku minat dalam bab bab ni tapi aku tak reti jugak ajar orang macam mana sebenar benarnya lah. Hee :D tapi mak saudara aku kata nanti di Maktab perguruan mereka ajar kita macam mana mengajar. Huhu, tapi cikgu aku berkata lagi, cara mengajar tu adalah atas diri masing masing, atas kepandaian kita sendiri. Dan 100% speaking apabila mengajar di depan mereka yang hendak luluskan kita jadi cikgu or pensyarah nanti. Kalau macam tu, mati lah aku. Aku benci bahasa penjajah sebab aku tak reti. Alavale. -,-" AKUBENCIBAHASAINGGERIS . Dan kalau aku berjaya menjadi seorang cikgu, aku ingin jadi seperti cikgu idola ku CIKGU SUHAILI dan CIKGU ZARINA. Mereka idola ku sampai bila bila. :) |